Sunday, 9 December 2012

Minggu-minggu terakhir APK

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ini merupakan minggu ke-13.Kuliah hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.Begitu cepat masa berlalu sehingga tidak sedar bahawa peperiksaan akan tiba tidak lama lagi.

Minggu lepas merupakan minggu bermulanya pembentangan APK.Semua kumpulan bersiap sedia untuk melakukan pembentangan rancangan perniagaan masing-masing(RP).Namun begitu pada minggu lepas hanya tujuh kumpulan sahaja yang sempat membentang.

Hanya dua orang sahaja wakil daripada kumpulan yang boleh membentang,Kumpulan  kami telah memilih dua wakil perempuan untuk membentang.Ala kulli hal,kumpulan kami merupakan kumpulan terakhir,kumpulan dua puluh.Makanya kami mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi untuk membentangkan rancangan perniagaan kami.

Kami akan cuba untuk membentangkan dengan sebaik mungkin rancangan perniagaan kami kami walaupun kami merasakan bahawa kami masih baru lagi dan tidak berapa tahu dengan lebih mendalam mengenai ilmu perniagaan.
kedai buku idaman
moden dan cantik
besar dan selesa
Komen Dr Zahiruddin terhadap pembentangan minggu lepas
1) Ramai kumpulan yang membentang hanya fokus pada promosi.
2) Dr inginkan detail rancangan perniagaan yang mungkin boleh dijadikan realiti
3) Rancangan perniagaan yang bagus berpotensi untuk diertimbangkan oleh PUSMAL untuk direalisasikan.

Sekian sahaja respon daripada kumpulan kami untuk kuliah pada minggu lepas,minggu ke-12.

Wallahualam.

:: Moga segala perancangan kami menjadi kenyataan ::

Monday, 19 November 2012

KEDAI BUKU KAFE

:: kafe di luar kedai ::

:: berkonsepkan mewah dan ekslusif ::

:: tempat pertemuan dan perbincsngsn bersama teman-teman ::

:: kedai 2 dalam 1,multichoice ::

:: ringkas tetapi menarik ::

Thursday, 8 November 2012

Refleksi 4 (minggu 9)

1. Apa yg saya pelajari
2. Apa yg saya rasa
3. Bagaimana/ di mana saya boleh aplikasikan dalam kehidupan harian


Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
Ier110010

1. Pada kelas minggu ini, saya mempelajari topik 'business model generation' dengan lebih mendalam dan saya lebih memahaminya berbanding minggu lepas.

2. Kelas pada kali ini Miss Elaine telah menerangkan dengan lebih baik serta kupasan yang mendalam dan memperolehi banyak pengetahuan tentang cara-cara perniagaan pada kelas kali ini.

3. Saya berharap saya dapat mempraktikkan ilmu-ilmu di dalam kelas pada minggu ini dengan lebih baik untuk dimasukkan di dalam kertas kerja yang akan dihantar selepas cuti. Serta mempraktikkannya di dunia perniagaan kelak. Terima kasih.

SITI RAHIMAH BINTI MOHAMMAD IKHSAN
IER110014

1. Saya telah mempelajari  bagaimana mahu memulakan gerak kerja dalam perniagaan.Setiap perniagaan yang ingin dijalankan haruslah mempunyai perancangan yang mantap.Setiap perkara haruslah diteliti dan diselidiki.

2. Saya merasakan sesiapa yang mempunyai angan-angan untuk mewujudkan satu perniagaan haruslah mempunyai asas yang kuat.Iaitu ilmu perniagaan yang mantap.Ini kerana,penting bagi kita mengetahui baik buruk sesuatu keputusan yang akan kita lakukan semasa menjalankan perniagaan.Tidak cukup dengan hanya mempunyai modal yang cukup sahaja.

3. Kebarangkalian untuk saya meneruskan rancangan perniagaan ini semakin meningkat dengan pengetahuan yang telasaya pelajari sehingga kini.Hanya tinggal aplikasi secara praktikal.Untuk melihat kepada keberkesanan teori haruslah diuji dahulu.Begitu juga dengan model perniagaan yang telah dipelajari pada minggu ini.

"Manusia hanya merancang,Allah sahaja yang menentukan.Ketahuilah,Allah sahaja sebaik2 perancang"

Tuesday, 6 November 2012

Refleksi 3 (minggu 8)

1. Apa yg saya pelajari
2. Apa yg saya rasa
3. Bagaimana/ di mana saya boleh aplikasikan dalam kehidupan harian


Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
IER110010

1. Apa yg saya pelajari di dlm kelas apk pada minggu ke 8 ialah saya mempelajari bagaimana peranan seorang usahawan di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan, di mana aktiviti pada kelas tersebut saya mengambil peranan sebagai seorang usahawan bukannya pembekal, pekerja dan pelanggan. Saya mendapati bahawa usahawan banyak terlibat dengan urusan bank seperti membayar cukai, membayar sewa dan membuat pinjaman. Malahan saya juga mempunyai pekerja yg mana saya bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka. Antara nilai murni yg saya pelajari ialah tidak sekali-kali mementingkan diri sendiri.

2. Saya rasa kelas pada minggu ni sangat menarik, aktiviti yg diadakan boleh membuang perasaan tertekan dgn kehidupan harian. Saya juga mulai rapat dan mesra dgn kawan-kawan yg mana sebelum ini kami jarang bertegur sapa. Saya juga dapat menguruskan masalah yg timbul dgn baik dan teratur.

3. Saya berharap dengan menghadiri kelas ini dan yg akan datang saya dpt mempelajari dan lebih memahami ilmu keusahawanan sekaligus menerapkan nilai-nilai yg diperolehi dlm setiap kelas. Di mana sebagai seorang pemimpin kita haruslah tidak sekali-kali mengabaikan orang bawahan kita. terima kasih.



NORSYAIMA BINTI ROZMAN
IER110008

1. Apa yang saya pelajari pada minggu ini adalah mengaplikasikan terus peranan usahawan, pembekal, pekerja dan pelanggan. Pada minggu ini saya mengambil peranan sebagai pekerja. Pada mulanya saya beranggapan permainan ini mudah sahaja, malangnya sangkaan saya meleset. Permainan ini agak mencabar bagi saya kerana saya perlu membuat resume untuk mendapatkan pekerjaan dan perlu ditemuduga. Untuk pertama kali saya gagal mendapat pekerjaan kerana majikan tidak menerima resume saya. Saya pergi kepada majikan yang lain tanpa ditemuduga mereka mengambil saya bekerja tetapi gaji yang dibayar amatlah sedikit.. sabar je la.:(

2. Saya rasa kelas pada minggu ke-8 ini. Gerak kerja saya sedikit kelam-kabut, mungkin saya tidak bersungguh untuk melibatkan diri dalam permainan ini. Walaubagaimanapun saya tetap cuba berusaha sehingga saya mendapat pekerjaan walaupun dibar gaji yang sedikit. Secara jujur di alam realiti saya tidak mahu gaji yang sedikit! Dalam permainan ini xpe la...

3. Harapan saya pada kelas yang seterusnya, saya dapat menimba ilmu perniagaan lebih banyak lagi. Seperti reflection yang sebelum ini, saya mengatakan saya boleh mengaplikasikan ilmu ini dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. :)

MOHD AIDI BIN MOHD SALEHHUDDIN
IER110002

1) Apa yang saya dapat adalah cara untuk memasarkan barangan dan apa yang perlu dilakukan untuk mementapkan perniagaan dan meningkatkan produktiviti

2) Saya dapat merasai sendiri kehangatan dalam kepelbagaian ragam dalam perniagaan. hanya yang memiliki    kreativiti yang akan mendapat bonus dan kelebihan daripada persaingan yang sengit.

3) seperti  reflection yang sebelum ini, saya harap dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam hidup saya dan di dalam kelas berikutnya.

ABDUL AZIZ BIN YUSOF
IES 110001

1) Pada minggu ke-8 ini saya dapat suatu pengalaman yang berharga dimana saya telah diberi pilihan untuk menjadi seorang pengguna.Walaupun pada mulanya saya rasa permainan ini seperti monopoli atau  saidina, tapi setelah diberi penjelasan oleh Miss Elaine, saya mula nampak motif dan objektifnya. Melalui permainan ini, saya dapat melatih diri saya supaya menjadi seorang pembeli atau pengguna yang bijak, dimana saya perlu memilih produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan bukan hanya mementingkan harga semata-mata. Hal ini merupakan suatu perkara yang penting khususnya di dunia yang sebenar yang mana pengguna perlulah memilih dan bijak dalam membuat pemilihan untuk mengelak dari ditipu oleh penjual seperti kes2 yang berlaku pada hari ini.

2) Walaupun keadaan sedikit huru-hara tetapi kelas pada minggu lepas tetap terrrbaaaiiikkk,.saya merasakan pendekatan yang Miss Elaine gunakan pada minggu lepas sangat menarik. Ini kerana walaupun dalam keadaan santai semua pihak mendapat manfaat masing2 melalui aktiviti yang dilakukan.

3) Saya harap ilmu yang saya dapat pada kelas minggu ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya.


 
SITI RAHIMAH BINTI MOHAMMAD IKHSAN
IER110014

1.Pada minggu lepas,saya telah mempelajari praktikal dalam perniagaan.Praktikal yang diberikan oleh pensyarah adalah seperti berikut.

-2 orang pelajar dalam kumpulan perlu menjadi pembekal,
-Seorang pelajar menjadi usahawan.
-Seorang menjadi pelanggan.
-2 orang pelajar menjadi pekerja.

Kami diminta untuk membuat pilihan seperti yang berikut.Saya telah memilih untuk menjadi pembekal bersama sahabat saya iaitu Nurul Akmalilhuda.Pembekal hendaklah menghasilkan barangan untuk perniagaan burger.Maka kami diminta membuat barangan seperti roti,daging,sos,sayuran dan sebagainya untuk dijual kepada usahawan.Kami perlu bijak untuk  menjual atau menawarkan harga kepada usahawan supaya membeli barangan daripada kami.

2.Saya merasakan bahawa kami telah didedahkan dengan sesuatu yang sangat berguna.Kami merasakan seolah-olah ia adalah suatu perkara yang akan kami lalui sekiranya menjadi seorang usahawan.Tentang bagaimana kami berkomunikasi sesama pihak.Saya merasakan ia adalah sesuatu yang tersangat penting.

Saya juga merasakan bahawa masing-masing perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan sesuatu pernagaan yang dijalankan berjaya.Terutamanya sekiranya kita berada dalam sesebuah syarikat yang mempunyai ramai rakan kongsi.Sifat kebersamaan itu perlu sentiasa ada dalam diri kita.

3.Perkara yang boleh saya aplikasi daripada pembelajaran ini ialah kebijaksanaan dalam berkomunikasi dan dalam pemasaran.Sebagai seorang pembekal saya harus bijak dalam mempromosi barangan saya.Saya perlu mengiklankan barangan saya secara menarik supaya para usahawan tertarik dengan tawaran yang saya berikan.

Sekian wallahualam.

   " sebaik-baik manusia adalah manusia yang tidak menyusahkan orang lain malah menyenangkan orang lain "

Thursday, 1 November 2012

ASSIGNMENT 2







MASALAH

Seperti yang kita semia tahu,untuk memulakan sesuatu perniagaan pastinya akan menghadapi pelbagai risiko.Setelah difikir-fikirkan kami telah mendapati perniagaan kami mungkin akan menghadapi risiko ini dan kami perlu bersiap-sedia terhadapnya.Antara masalah dan risikonya ialah:

1.Menguruskan bekalan barangan yang berbeza pasaran dalam masa yang sama.(buku-buku,peralatan tulis,cenderamata,makanan dan minuman).Pengurusan yang cekap dan terbaik pasti dapat mengatasi masalah ini.Persediaan untuknya ialah dengan mengetahui banyak pembekal sebagai "cover supplier" sekiranya pembekal utama tiba-tiba menghadapi masalah.

2.Tempat yang betul-betul strategik dan harga sewa kedai.Barangkali tempat yang strategik banyak.Akan tetapi harga sewa kedai mungkin tinggi nilainya.Kami menyedari kedai kami sesuai dibuka di tempat-tempat yang strategik dan ramai penduduk dan berdekatan dengan pusat pendidikan tidak kira sekolah rendah,sekolah menengah mahupun kolej atau universiti.Biasanya bangunan yang berdekatan dengan penduduk ini harganya juga agak mahal untuk disewa.


SASARAN PELANGGAN

Perniagaan kami mensasarkan semua rakyat Malaysia adalah pelanggan kami tidak kira agama,bangsa dan umur.Kami mahu dikenali sebagai sebuah perniagaan yang mempunyai banyak cawangan pada masa hadapan dan terkenal seperti  MPH,Kinokuniya dll.



Kami mengimpikan perniagaan yang mempunyai pemandangan yang ekslusif tetapi dengan harga yang berpatutan.Berikut kami telah mengklasifikasikan sasaran pelanggan secara lebih fokus:

1,Pelajar sekolah(tadika,rendah dan menengah)
- oleh sebab itu,kami menjual buku-buku untuk pelbagai kategori umur dan jenis aliran pendidikan yang berbeza.Tidak kurang juga bahan-bahan bacaan yang umur bagi pelajar-pelajar.Tarikan kami yang utama ialah kedai pastri yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang beraneka..Ini adalah salah satu cara baru untuk menarik minat pelanggan ke kedai kami.Makan setelah membeli belah.Atau Makan sebelum membeli belah.




2.Guru-guru dan kakitangan kerajaan.
- Guru juga seperti murid.Bahan-bahan mengajar mereka juga lebih kurang sama.Kakitangan kerajaan dan swasta juga tidak kurang memerlukan pelbagai bahan yang kebanyakannya di jual di kedai kami.




3.Pelbagai bangsa dan agama
- Oleh sebab kedai kami berkonsep 2 dalam 1 iaitu kedai buku dan kafe.Pelanggan bebas membeli apa sahaja yang mereka mahu.



4.Pelajar universiti
- Ini juga adalah salah satu sasaran utama kami.Pelajar universiti adalah pelanggan yang didahulukan kerana mereka adalah bakal pemimpin negara kelak.Dengan sebab itu kami mencadangkan untuk menyediakan bahan bacaan yang selari dengan pembelajaran mereka seperti buku-buku rujukan.Tidak kurang bacaan yang membina jati diri mereka.




BORANG KAJI SELIDIK  (APK)
1.      Jantina:
Lelaki

Perempuan


2.      Umur:
Kami bercadang untuk membuka sebuah perniagaan berkonsepkan kedai buku dan kafe. Kajian ini bertujuan untuk penambahbaikan idea kami dan untuk mengetahui target pemasaran kami. Kerjasama anda amatlah kami hargai.
1.      Kawasan manakah yang sesuai diwujudkan kedai buku berkonsepkan kafe?
Kampung

Bandar

Kampus

Pekan

Lain-lain. Nyatakan:_________________________

2.      Adakah anda berminat dengan konsep perniagaan kami?
Ya

Tidak



3.      Pernahkah anda lihat kedai buku berkonsepkan kafe di tempat lain?

Ya

Tidak



4.      Relevenkah idea perniagaan ini?

Ya

Tidak

Mungkin



5.      Bilakah waktu operasi yang dirasakan sesuai?

0800am-1000pm

0900am-1000pm

1000am-1000pm

0800am-0700pm

Lain-lain. Nyatakan:_______________________

6.      Sekerap manakah anda berkunjung ke kedai buku?

Tak pernah

Kadang-kadang

Selalu


7.      Adakah anda mencari kedai buku berkonsepkan kafe di kawasan anda?

Ya

Tidak


8.      Berapa banyakkah kedai buku yang terdapat di kawasan anda?

1-2

2-5

Banyak

Tiada langsung


9.      Sekiranya anda seorang pelanggan? Apakah yang anda suka tentang kedai buku berkonsepkan kafe?








10.  Apakah ciri-ciri kedai buku yang menarik minat anda. Berikan pendapat anda:










Segala kerjasama anda kami ucapkan ribuan terima kasih.

Tuesday, 23 October 2012

Refleksi 2 (minggu 6)





1. Apa yang saya sudah pelajari
2. Apa yang saya rasa
3. Bagaimana/Di mana saya aplikasikan dalam kehidupan harian

Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
IER110010

1. Dalam kelas apk kali ini saya mempelajari tentang selok belok dunia perniagaan dan siapa yang terlibat di dalamnya iaitu apa yang kita sebut sebagai stakeholders. saya juga mempelajari bahawa stakeholders tersebut sentiasa memerlukan antara satu sama lain. tanpa salah satu daripadanya maka akan cacatlah sesebuah perniagaan dan keusahawanan tersebut. di situ, nilai kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain dapat kita ambil.

2. Saya merasakan kelas pada minggu ini sangat menyeronokkan di mana semua pelajar diberi peluang mengeluarkan idea masing2 semasa sesi perdebatan. malahan, aktiviti ini juga membolehkan kami mengenali antara satu sama lain walaupun tinggal di dalam kumpulan yang berlainan dan ini tidak menjadi suatu masalah yang besar bagi kami untuk mewujudkan jalinan kerjasama yang baru apabila kami bertukar peranan.

3. Nilai-nilai murni seperti kerjasama dan toleransi dapat saya apliksikan dalam kehidupan seharian.
selain itu, nilai kejujuran juga dapat saya pelajari iaitu sebagai seorang usahawan muslim kita haruslah bersikap jujur dan amanah di dalam setiap pekerjaan x kira di bahagian stakeholders yang mana sekalipun. oleh itu, niat yang ikhlas amat penting sebelum kita melakukan sebarang pekerjaan kerana dengan adanya keikhlasan maka akan lahirlah kejujuran. maka, sifat ini seharusnya ada dalam diri setiap usahawan muslim. tq...


Siti Rahimah binti Mohammad Ikhsan
IER110014

1. Pada minggu lepas saya telah mempelajari banyak perkara bermanfaat.Tentu sekali berkaitan ilmu mempersiapkan diri untuk menjadi usahawan berjaya. Pembahagian pelajar kepada beberapa kumpulan dalam membahaskan masalah :
     
     ::  McD merupakan makanan yang tidak sihat - siapa yang harus dipersalahkan? Adakah pengurus? pembekal? pelanggan? pesaing? pelabur? pekerja? ::

Saya memilih untuk berada dipihak pesaing. Kami sebagai pesaing perlu mempertahankan diri bahawa kami adalah yang terbaik dan segala masalah bukan berpunca dari pihak kami. Antara isi-isi utama kami ialah
  • pesaing berhak untuk mengambil peluang atas kemerosotan jualan McD
  • pesaing bukan punca kepada kemerosotan jualan McD
  • pesaing adalah pihak yang sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri
Daripada perbincangan tersebut kami telah mendapat idea-idea bernas dalam mencapahkan pemikiran untuk membentuk asas perniagaan yang terbaik.

2. Saya merasakan bahawa perbincangan seperti ini merupakan salah satu cara yang terbaik bagi meningkatkan daya kreativiti pelajar untuk membina satu perniagaan baru. Saya juga memahami bahawa tujuan pembelajaran APK ini adalah untuk mempersiapkan pelajar untuk menjadi seorang usahawan pada bila-bila masa sekiranya keluar sebagai seorang graduasi. Pelajar tidak akan terumbang ambing dan tercari-cari maklumat bagaimana untuk memulakan perniagaan kerana segala asas perniagaan sudah dipelajari. Maka, tidak menjadi masalah bagi kita semua yang sudah ada asas keusahawanan untuk mewujudkan satu perniagaan.

3. Saya boleh aplikasikan ilmu ini pada bila-bila masa dan dimana saja. Terutamanya sekiranya saya menghadapi situasi yang sedemikian. Mesti ada penyelesaian terbaik dalam sesuatu masalah apatah lagi kita sudah terdedah dengan cara-cara mengatasi masalah tersebut. Akhir kata dari saya:

" buatlah pekerjaanmu sebaik-baiknya sehingga orang lain merasa bahawa kamu bersungguh hati terhadap pekerjaanmu itu dan yang penting niat yang ikhlas "

Jazakumullah.wassalam.


Nurul Asma binti Abu Bakar
IER110020

1)Terdapat pelbagai input yang saya dapat dalam kelas apk kali ini. Antaranya kerjasama antara pelajar dalam mengukuhkan institusi yang telah ditugaskan. Kami bersungguh-sungguh dalam mempertahankan diri dan membidas sebarang konklusi yang tidak berasas daripada pihak yang menentang. Kami bersatu dan sependapat dalam memberi hujah-hujah bagi mengukuhkan lagi mutu pekerjaan kami. Selain itu juga kami bersepakat dalam memberi idea dan buah fikiran kepada jurubahas bagi memantapkan hujah-hujah itu. Dalam pada itu kami juga perlu bersikap pantas dan ligat dalam membida kembali yang diperkatakan oleh  pihak yang lainnya.

2)Saya merasa berpuas hati dengan kelas kali ini kerana terasa tenaga dan buah fikiran diperlukan. Tambahan lagi, respon dan gerak kerja itu kelihatan agresif di dalam kelas kali ini. Suasana menjadi ingin tahu apa tindakan selanjutnya bagi pihak yang ditinjak dan dihentam. Mereka bangkit dan memberi hujah yang berkualiti dan mengena.

3Jadi apa yang saya boleh aplikasi dalam kehidupan sebenar ialah mengkaji dan menteliti apa yang berlaku di sekeliling agar tidak dibidas dan dihentam dan seterusnya menjadi mati akal. Dalam pada itu saya juga mengaplikasikan keyakinan dalam mengutarakan hujah mestilah yakin dan mantap tidak boleh teragak-agak agar tidak menjadi satu side yang lemah.

sekian =)


Wan Salwa Binti Wan Farid
IER110017

1) Apa yang saya dapat dari kelas APK pada minggu lepas ialah berkaitan dengan kemahiran insaniah dalam  melatih diri menjadi seorang usahawan yang berjaya.Saya telah mengetahui banyak perkara yang baru dan menarik dalam dunia perniagaan.Saya merasakan ilmu perniagaan sangat penting pada masa sekarang.

2) Saya rasa seronok setiap kali menghadiri kelas apk.Ini kerana, banyak pendapat yang bernas yang telah dikongsi bersama oleh teman-teman.Perbincangan yang panjang lebar serta mencabar minda supaya menjadi lebih kreatif berfikir..

3) Dunia perniagaan pasti akan berhadapan dengan pelbagai persaingan yang sihat dan tidak kurang juga yang tidak sihat.Saya pasti dengan bekal ilmu perniagaan yang dipelajari selama ini pasti menjadikan saya lebih bersedia dalam menghadapi risiko berniaga.

Norsyaima Binti Rozman
IER110008

1) Banyak benda baru yang saya pelajari minggu lepas. Antaranya peranan pengurusan syarikat, pelanggan, pekerja, pesaing, pembekal dan pelabur. Dalam kelas ini juga saya belajar bagaimana jika suatu perniagaan itu menghadapi sebarang  masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya untuk  menanganinya.

2) Debat antara kumpulan adalah aktiviti yang saya paling suka pada minggu lepas. Kerana dengan adanya aktiviti ini, kami dapat mengasah bakat (soft skill ) masing-masing. Selain itu, kami juga bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

3) Saya dapat mengaplikasikan ilmu ini pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ilmu ini juga sangat berguna apabila saya membuka perniagaan suatu hari nanti. Secara tidak langsung saya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam perniagaan saya. :)

Mohamad Aidi Bin Salehhuddin
IER110002

1) apa yang saya dapat pelajari adalah peranan dan tanggungjawab dalam menguruskan perniagaan untuk menjadi usahawan berjaya.

2) saya rasa seronok kerana dapat mengetahui tanggungjawab sesuatu badan dalam membangunkan sebuah perniagaan yang maju.

3) mungkin saya dapat mengaplikasi ilmu ini dalam diri say sendiri dan digunakan masa hadapan apabila diperlukan.

Abdul Aziz Bin Yusof
IES 110001

1) Pada kelas ynng lepas banyak input2 yang berguna telah saya perolehi, untuk menjalankan dan menguruskan suatu perniagaan bukanlah sesuatu susah jika kena caranya. Oleh itu, pelajaran pada minggu lepas merupakan suatu yang berharga kerana teknik2 asas dan info2 berguna telah saya perolehi yang mana saya boleh aplikasikan pada masa hadapan dalam usaha saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Tqvm to Miss Elaine for this golden opportunity.

2) Pengalaman baru ini berjaya memberi kesan kepada diri saya supaya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Ini kerana 2 prinsip ini adalah yang terpenting dalam segala perkara samada dalam bidang perniagaan ataupun bidang2 lain.

3) Saya sangat untuk dapat menerapkan ilmu2 baru yang saya perolehi dari kelas minggu ini dan minggu2 seterusnya dalam kehidupan saya tidak sahaja dalam bidang perniagaan sahaja.


Tuesday, 16 October 2012

Refleksi 1 (minggu 5)



Soalan :

1) Apa yang saya sudah pelajari hari ini
2) Apa yang saya rasa
3) Apa yang saya boleh aplikasikan

Jawapan/Refleksi :



Nama : Mohamad Aidi Bin Mohd Salehhuddin (KETUA)
No Matrik : IER110002

  1. Dapat mempelajari tentang potensi diri masing-masing dalam bidang usahawan dan dapat mengetahui tentang bidang usahawan ini.
  2. saya rasa seronok belajar tentang bidang usahawan ini.
  3. saya dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam diri saya, kumpulan dan juga masyarakat.

------------------------------------------------------------------------

Nama : Abdul Aziz Bin Yusof
No Matrik : IES110001

 Kelas pada minggu lepas memberi banyak manfaat kepada saya antaranya ialah:
  1. Saya belajar bagaimana cara untuk menyenaraikan kehendak atau apa yang saya akan lakukan  pada 4 tahun akan datang. 
    Saya belajar bagaimana cara untuk mengenal pasti masalah yang akan saya hadapi kelak.
    Saya juga sedar bahawa saya perlu berfikiran jauh ke hadapan tentang masa depan saya agar saya boleh mempersiapkan diri untuk menangani pelbagai halangan dalam mencapai cita2 saya. 
    2.  Saya kagum dengan dengan keupayaan  Miss Elaine yang begitu bersemangat mengendalikan kelas APK pada minggu lepas dan ini telah membuatkan saya rasa begitu bersemangat dan   fokus dengan setiap persoalan dan hujah yang dilemparkan yang mana tidak pada kuliah-kuliah  sebelum ini.Terima kasih Miss.
    Kuliah tersebut juga telah mengubah gaya pemikiran saya supaya berfikiran melangkau ke 4 tahun akan datang. Saya berfikir dan cuba menyelami "apa yang akan sayalakukan kelak", "saya akan berada di mana", "sudah berjayakah saya pada masa itu" dan sebagainya.Hal ini telah membuatkan saya begitu teruja untuk mengubah hidup saya kepada tahap yang terbaik.
    3. Saya boleh mengaplikasikan apa yang telah saya perolehi di mana jua saya berada sama ada sebagai mahasiswi atau sebagai pekerja/ usahawan.Kerana bagi saya ilmu adalah neutral yang mana boleh digunakan dimana sahaja,janji ia bersesuaian dengan tempat dan masa.
    Saya juga boleh berkongsi apa yang saya perolehi dengan orang lain sekaligus dapat membantu orang lain berjaya bersama.

    Sekian teima kasih.=)
 ------------------------------------------------------------------------------

Nama : Siti Rahimah Binti Mohammad Ikhsan
No Matrik : IER 110014

  1. Dalam kuliah jumaat lepas saya dapat mempelajari banyak perkara mengenai keusahawanan. Sedikit sebanyak saya telah terdedah dengan apa itu sebenarnya perniagaan. Perniagaan adalah sesuata rancangan yang memerlukan tekad dan minat yang serius untuk melaksanakannya. Ia bukan sekadar ikut-ikutan. Dalam pada itu, saya mula meminati perniagaan dan berimpian untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan.
  2. Saya merasakan minda saya semakin terbuka terhadap tanggapan mengenai perniagaan. Banyak perkara yang saya tidak tahu telah dirungkai oleh pensyarah. Pensyarah telah menekankan betapa pentingnya mempunyai matlamat hidup yang jelas. Perlu memahami keinginan diri dan bagaimana mahu mencapainya dan apakah halangan kita untuk sampai kepadanya.
  3. Saya boleh mengaplikasikan pembelajaran ini dalam hidup saya. Tidak kira dimana saya berada. Ini kerana saya telah mengetahui sedikit sebanyak cara yang betul untuk memulakan sesuatau rancangan perniagaan.
          Itu sahaja refleksi dari saya.Sekian wallahualam. 

------------------------------------------------------------------------

Nama : Nurul Asma Binti Abu Bakar
No Matrik : IER 110020

  1. Apa yang saya dapat dalam kelas itu adalah saya mampu memahami diri saya untuk lebih maju kehadapan. Saya juga dapat mengenal pasti kelemahan saya dan juga langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan saya.
  2. Saya sangat suka kelas ini kerana memberi ruang dan peluang kepada saya menyumbang idea dan aktif di dalam kelas.
  3. Apa yang saya dapat dari kelas ini adalah lebih banyak menyumbang idea kepada kumpulan saya. Saya juga lebih banyak berfikir tentang cara dan jalan untuk melakukan sesuatau perniagaan.

---------------------------------------------------------------------------

Nama : Norsyaima binti Rozman
No Matrik : IER 110008

  1. Dapat mengenal pasti potensi dan kelemahan diri masing-masing.
  2. Kelas yang amat menyeronokkan dan mengantuk.
  3. Terus memperbaiki diri untuk mencapai matlamat dan cita-cita.
-----------------------------------------------------------------------

Nama : Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
No Matrik : IER 110010
  1. Apa yang saya pelajari dari kelas apk ialah saya berpeluang mengenal pasti potensi diri dan saya amat berharap supaya diberi peluang untuk mempamerkan potensi diri saya kepada orang ramai.
  2. Saya berasa amat gembira apabila menghadiri kelas apk dan kaedah pengajaran dan pembelajarannya telah membuatkan saya berasa selalu ingin datang awal ke kelas. saya berharap saya dapat memimpin diri saya dan kawan-kawan menampilkan potensi diri serta bersikap kerjasama dan sentiasa maju ke hadapan.
  3. Saya berharap ilmu yang saya pelajari di kelas ini seperti nilai-nilai kepimpinan, komunikasi, keberanian, kerjasama, semangat daya saing yang tinggi, persaingan yang sihat serta nilai-nilai murni yang lain dapat saya aplikasi dalam kehidupan harian. oleh itu, besarlah harapan saya bahawa dengan menghadiri kelas apk ini maka dapatlah saya menimba ilmu softskill dan bukanlah suatu aktiviti yang sia-sia. Terima Kasih... 

-------------------------------------------------------------------------

Nama : Wan Salwa binti Wan Farid
No Matrik : IER110017
     1. Saya dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan diri saya, yang sebelum ini saya tidak
         pernah berfikir tentangnya.
     2. Saya berasa seronok dengan aktiviti dalam kelas.
     3. Saya akan cuba memperbaiki kekurangan diri saya untuk mencapai cita-cita saya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama : Nurul Akmalilhuda binti Mohd Alami
No Matrik : IER110012


Assalamualaikum dan salam sejahtera…


  1. banyak yang saya dapat daripada kelas hari ini. antaranya ialah saya dapat memikirkan apa yang akan saya lakukan untuk tempoh 4 tahun yang akan datang. Saya juga dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu saya hadapi untuk merealisasikan impian tersebut
  2. selain itu, saya dapat belajar mengenai kepimpinan dalam sesebuah organisasi. saya rasa enjoy dan tidak bosan kerana miss Elaine menggunakan pendekatan yang berbeza drp biasa.. 
  3. insyaALLAH saya akan aplikasikan kemahiran ini dalam setiap gerak kerja yang akan saya lakukan selepas ini.Terima Kasih.


:: SUKA SUKI HOUSE SENTIASA MAHUKAN ANDA GEMBIRA ::




" Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.Hidupkan hari-hari anda dengan senyuman."