Thursday, 8 November 2012

Refleksi 4 (minggu 9)

1. Apa yg saya pelajari
2. Apa yg saya rasa
3. Bagaimana/ di mana saya boleh aplikasikan dalam kehidupan harian


Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
Ier110010

1. Pada kelas minggu ini, saya mempelajari topik 'business model generation' dengan lebih mendalam dan saya lebih memahaminya berbanding minggu lepas.

2. Kelas pada kali ini Miss Elaine telah menerangkan dengan lebih baik serta kupasan yang mendalam dan memperolehi banyak pengetahuan tentang cara-cara perniagaan pada kelas kali ini.

3. Saya berharap saya dapat mempraktikkan ilmu-ilmu di dalam kelas pada minggu ini dengan lebih baik untuk dimasukkan di dalam kertas kerja yang akan dihantar selepas cuti. Serta mempraktikkannya di dunia perniagaan kelak. Terima kasih.

SITI RAHIMAH BINTI MOHAMMAD IKHSAN
IER110014

1. Saya telah mempelajari  bagaimana mahu memulakan gerak kerja dalam perniagaan.Setiap perniagaan yang ingin dijalankan haruslah mempunyai perancangan yang mantap.Setiap perkara haruslah diteliti dan diselidiki.

2. Saya merasakan sesiapa yang mempunyai angan-angan untuk mewujudkan satu perniagaan haruslah mempunyai asas yang kuat.Iaitu ilmu perniagaan yang mantap.Ini kerana,penting bagi kita mengetahui baik buruk sesuatu keputusan yang akan kita lakukan semasa menjalankan perniagaan.Tidak cukup dengan hanya mempunyai modal yang cukup sahaja.

3. Kebarangkalian untuk saya meneruskan rancangan perniagaan ini semakin meningkat dengan pengetahuan yang telasaya pelajari sehingga kini.Hanya tinggal aplikasi secara praktikal.Untuk melihat kepada keberkesanan teori haruslah diuji dahulu.Begitu juga dengan model perniagaan yang telah dipelajari pada minggu ini.

"Manusia hanya merancang,Allah sahaja yang menentukan.Ketahuilah,Allah sahaja sebaik2 perancang"

No comments:

Post a Comment