Tuesday, 6 November 2012

Refleksi 3 (minggu 8)

1. Apa yg saya pelajari
2. Apa yg saya rasa
3. Bagaimana/ di mana saya boleh aplikasikan dalam kehidupan harian


Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
IER110010

1. Apa yg saya pelajari di dlm kelas apk pada minggu ke 8 ialah saya mempelajari bagaimana peranan seorang usahawan di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan, di mana aktiviti pada kelas tersebut saya mengambil peranan sebagai seorang usahawan bukannya pembekal, pekerja dan pelanggan. Saya mendapati bahawa usahawan banyak terlibat dengan urusan bank seperti membayar cukai, membayar sewa dan membuat pinjaman. Malahan saya juga mempunyai pekerja yg mana saya bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka. Antara nilai murni yg saya pelajari ialah tidak sekali-kali mementingkan diri sendiri.

2. Saya rasa kelas pada minggu ni sangat menarik, aktiviti yg diadakan boleh membuang perasaan tertekan dgn kehidupan harian. Saya juga mulai rapat dan mesra dgn kawan-kawan yg mana sebelum ini kami jarang bertegur sapa. Saya juga dapat menguruskan masalah yg timbul dgn baik dan teratur.

3. Saya berharap dengan menghadiri kelas ini dan yg akan datang saya dpt mempelajari dan lebih memahami ilmu keusahawanan sekaligus menerapkan nilai-nilai yg diperolehi dlm setiap kelas. Di mana sebagai seorang pemimpin kita haruslah tidak sekali-kali mengabaikan orang bawahan kita. terima kasih.



NORSYAIMA BINTI ROZMAN
IER110008

1. Apa yang saya pelajari pada minggu ini adalah mengaplikasikan terus peranan usahawan, pembekal, pekerja dan pelanggan. Pada minggu ini saya mengambil peranan sebagai pekerja. Pada mulanya saya beranggapan permainan ini mudah sahaja, malangnya sangkaan saya meleset. Permainan ini agak mencabar bagi saya kerana saya perlu membuat resume untuk mendapatkan pekerjaan dan perlu ditemuduga. Untuk pertama kali saya gagal mendapat pekerjaan kerana majikan tidak menerima resume saya. Saya pergi kepada majikan yang lain tanpa ditemuduga mereka mengambil saya bekerja tetapi gaji yang dibayar amatlah sedikit.. sabar je la.:(

2. Saya rasa kelas pada minggu ke-8 ini. Gerak kerja saya sedikit kelam-kabut, mungkin saya tidak bersungguh untuk melibatkan diri dalam permainan ini. Walaubagaimanapun saya tetap cuba berusaha sehingga saya mendapat pekerjaan walaupun dibar gaji yang sedikit. Secara jujur di alam realiti saya tidak mahu gaji yang sedikit! Dalam permainan ini xpe la...

3. Harapan saya pada kelas yang seterusnya, saya dapat menimba ilmu perniagaan lebih banyak lagi. Seperti reflection yang sebelum ini, saya mengatakan saya boleh mengaplikasikan ilmu ini dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. :)

MOHD AIDI BIN MOHD SALEHHUDDIN
IER110002

1) Apa yang saya dapat adalah cara untuk memasarkan barangan dan apa yang perlu dilakukan untuk mementapkan perniagaan dan meningkatkan produktiviti

2) Saya dapat merasai sendiri kehangatan dalam kepelbagaian ragam dalam perniagaan. hanya yang memiliki    kreativiti yang akan mendapat bonus dan kelebihan daripada persaingan yang sengit.

3) seperti  reflection yang sebelum ini, saya harap dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam hidup saya dan di dalam kelas berikutnya.

ABDUL AZIZ BIN YUSOF
IES 110001

1) Pada minggu ke-8 ini saya dapat suatu pengalaman yang berharga dimana saya telah diberi pilihan untuk menjadi seorang pengguna.Walaupun pada mulanya saya rasa permainan ini seperti monopoli atau  saidina, tapi setelah diberi penjelasan oleh Miss Elaine, saya mula nampak motif dan objektifnya. Melalui permainan ini, saya dapat melatih diri saya supaya menjadi seorang pembeli atau pengguna yang bijak, dimana saya perlu memilih produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan bukan hanya mementingkan harga semata-mata. Hal ini merupakan suatu perkara yang penting khususnya di dunia yang sebenar yang mana pengguna perlulah memilih dan bijak dalam membuat pemilihan untuk mengelak dari ditipu oleh penjual seperti kes2 yang berlaku pada hari ini.

2) Walaupun keadaan sedikit huru-hara tetapi kelas pada minggu lepas tetap terrrbaaaiiikkk,.saya merasakan pendekatan yang Miss Elaine gunakan pada minggu lepas sangat menarik. Ini kerana walaupun dalam keadaan santai semua pihak mendapat manfaat masing2 melalui aktiviti yang dilakukan.

3) Saya harap ilmu yang saya dapat pada kelas minggu ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya.


 
SITI RAHIMAH BINTI MOHAMMAD IKHSAN
IER110014

1.Pada minggu lepas,saya telah mempelajari praktikal dalam perniagaan.Praktikal yang diberikan oleh pensyarah adalah seperti berikut.

-2 orang pelajar dalam kumpulan perlu menjadi pembekal,
-Seorang pelajar menjadi usahawan.
-Seorang menjadi pelanggan.
-2 orang pelajar menjadi pekerja.

Kami diminta untuk membuat pilihan seperti yang berikut.Saya telah memilih untuk menjadi pembekal bersama sahabat saya iaitu Nurul Akmalilhuda.Pembekal hendaklah menghasilkan barangan untuk perniagaan burger.Maka kami diminta membuat barangan seperti roti,daging,sos,sayuran dan sebagainya untuk dijual kepada usahawan.Kami perlu bijak untuk  menjual atau menawarkan harga kepada usahawan supaya membeli barangan daripada kami.

2.Saya merasakan bahawa kami telah didedahkan dengan sesuatu yang sangat berguna.Kami merasakan seolah-olah ia adalah suatu perkara yang akan kami lalui sekiranya menjadi seorang usahawan.Tentang bagaimana kami berkomunikasi sesama pihak.Saya merasakan ia adalah sesuatu yang tersangat penting.

Saya juga merasakan bahawa masing-masing perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan sesuatu pernagaan yang dijalankan berjaya.Terutamanya sekiranya kita berada dalam sesebuah syarikat yang mempunyai ramai rakan kongsi.Sifat kebersamaan itu perlu sentiasa ada dalam diri kita.

3.Perkara yang boleh saya aplikasi daripada pembelajaran ini ialah kebijaksanaan dalam berkomunikasi dan dalam pemasaran.Sebagai seorang pembekal saya harus bijak dalam mempromosi barangan saya.Saya perlu mengiklankan barangan saya secara menarik supaya para usahawan tertarik dengan tawaran yang saya berikan.

Sekian wallahualam.

   " sebaik-baik manusia adalah manusia yang tidak menyusahkan orang lain malah menyenangkan orang lain "

No comments:

Post a Comment