Tuesday, 16 October 2012

Refleksi 1 (minggu 5)



Soalan :

1) Apa yang saya sudah pelajari hari ini
2) Apa yang saya rasa
3) Apa yang saya boleh aplikasikan

Jawapan/Refleksi :



Nama : Mohamad Aidi Bin Mohd Salehhuddin (KETUA)
No Matrik : IER110002

  1. Dapat mempelajari tentang potensi diri masing-masing dalam bidang usahawan dan dapat mengetahui tentang bidang usahawan ini.
  2. saya rasa seronok belajar tentang bidang usahawan ini.
  3. saya dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam diri saya, kumpulan dan juga masyarakat.

------------------------------------------------------------------------

Nama : Abdul Aziz Bin Yusof
No Matrik : IES110001

 Kelas pada minggu lepas memberi banyak manfaat kepada saya antaranya ialah:
  1. Saya belajar bagaimana cara untuk menyenaraikan kehendak atau apa yang saya akan lakukan  pada 4 tahun akan datang. 
    Saya belajar bagaimana cara untuk mengenal pasti masalah yang akan saya hadapi kelak.
    Saya juga sedar bahawa saya perlu berfikiran jauh ke hadapan tentang masa depan saya agar saya boleh mempersiapkan diri untuk menangani pelbagai halangan dalam mencapai cita2 saya. 
    2.  Saya kagum dengan dengan keupayaan  Miss Elaine yang begitu bersemangat mengendalikan kelas APK pada minggu lepas dan ini telah membuatkan saya rasa begitu bersemangat dan   fokus dengan setiap persoalan dan hujah yang dilemparkan yang mana tidak pada kuliah-kuliah  sebelum ini.Terima kasih Miss.
    Kuliah tersebut juga telah mengubah gaya pemikiran saya supaya berfikiran melangkau ke 4 tahun akan datang. Saya berfikir dan cuba menyelami "apa yang akan sayalakukan kelak", "saya akan berada di mana", "sudah berjayakah saya pada masa itu" dan sebagainya.Hal ini telah membuatkan saya begitu teruja untuk mengubah hidup saya kepada tahap yang terbaik.
    3. Saya boleh mengaplikasikan apa yang telah saya perolehi di mana jua saya berada sama ada sebagai mahasiswi atau sebagai pekerja/ usahawan.Kerana bagi saya ilmu adalah neutral yang mana boleh digunakan dimana sahaja,janji ia bersesuaian dengan tempat dan masa.
    Saya juga boleh berkongsi apa yang saya perolehi dengan orang lain sekaligus dapat membantu orang lain berjaya bersama.

    Sekian teima kasih.=)
 ------------------------------------------------------------------------------

Nama : Siti Rahimah Binti Mohammad Ikhsan
No Matrik : IER 110014

  1. Dalam kuliah jumaat lepas saya dapat mempelajari banyak perkara mengenai keusahawanan. Sedikit sebanyak saya telah terdedah dengan apa itu sebenarnya perniagaan. Perniagaan adalah sesuata rancangan yang memerlukan tekad dan minat yang serius untuk melaksanakannya. Ia bukan sekadar ikut-ikutan. Dalam pada itu, saya mula meminati perniagaan dan berimpian untuk menjalankan perniagaan pada masa hadapan.
  2. Saya merasakan minda saya semakin terbuka terhadap tanggapan mengenai perniagaan. Banyak perkara yang saya tidak tahu telah dirungkai oleh pensyarah. Pensyarah telah menekankan betapa pentingnya mempunyai matlamat hidup yang jelas. Perlu memahami keinginan diri dan bagaimana mahu mencapainya dan apakah halangan kita untuk sampai kepadanya.
  3. Saya boleh mengaplikasikan pembelajaran ini dalam hidup saya. Tidak kira dimana saya berada. Ini kerana saya telah mengetahui sedikit sebanyak cara yang betul untuk memulakan sesuatau rancangan perniagaan.
          Itu sahaja refleksi dari saya.Sekian wallahualam. 

------------------------------------------------------------------------

Nama : Nurul Asma Binti Abu Bakar
No Matrik : IER 110020

  1. Apa yang saya dapat dalam kelas itu adalah saya mampu memahami diri saya untuk lebih maju kehadapan. Saya juga dapat mengenal pasti kelemahan saya dan juga langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan saya.
  2. Saya sangat suka kelas ini kerana memberi ruang dan peluang kepada saya menyumbang idea dan aktif di dalam kelas.
  3. Apa yang saya dapat dari kelas ini adalah lebih banyak menyumbang idea kepada kumpulan saya. Saya juga lebih banyak berfikir tentang cara dan jalan untuk melakukan sesuatau perniagaan.

---------------------------------------------------------------------------

Nama : Norsyaima binti Rozman
No Matrik : IER 110008

  1. Dapat mengenal pasti potensi dan kelemahan diri masing-masing.
  2. Kelas yang amat menyeronokkan dan mengantuk.
  3. Terus memperbaiki diri untuk mencapai matlamat dan cita-cita.
-----------------------------------------------------------------------

Nama : Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
No Matrik : IER 110010
  1. Apa yang saya pelajari dari kelas apk ialah saya berpeluang mengenal pasti potensi diri dan saya amat berharap supaya diberi peluang untuk mempamerkan potensi diri saya kepada orang ramai.
  2. Saya berasa amat gembira apabila menghadiri kelas apk dan kaedah pengajaran dan pembelajarannya telah membuatkan saya berasa selalu ingin datang awal ke kelas. saya berharap saya dapat memimpin diri saya dan kawan-kawan menampilkan potensi diri serta bersikap kerjasama dan sentiasa maju ke hadapan.
  3. Saya berharap ilmu yang saya pelajari di kelas ini seperti nilai-nilai kepimpinan, komunikasi, keberanian, kerjasama, semangat daya saing yang tinggi, persaingan yang sihat serta nilai-nilai murni yang lain dapat saya aplikasi dalam kehidupan harian. oleh itu, besarlah harapan saya bahawa dengan menghadiri kelas apk ini maka dapatlah saya menimba ilmu softskill dan bukanlah suatu aktiviti yang sia-sia. Terima Kasih... 

-------------------------------------------------------------------------

Nama : Wan Salwa binti Wan Farid
No Matrik : IER110017
     1. Saya dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan diri saya, yang sebelum ini saya tidak
         pernah berfikir tentangnya.
     2. Saya berasa seronok dengan aktiviti dalam kelas.
     3. Saya akan cuba memperbaiki kekurangan diri saya untuk mencapai cita-cita saya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nama : Nurul Akmalilhuda binti Mohd Alami
No Matrik : IER110012


Assalamualaikum dan salam sejahtera…


  1. banyak yang saya dapat daripada kelas hari ini. antaranya ialah saya dapat memikirkan apa yang akan saya lakukan untuk tempoh 4 tahun yang akan datang. Saya juga dapat mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang perlu saya hadapi untuk merealisasikan impian tersebut
  2. selain itu, saya dapat belajar mengenai kepimpinan dalam sesebuah organisasi. saya rasa enjoy dan tidak bosan kerana miss Elaine menggunakan pendekatan yang berbeza drp biasa.. 
  3. insyaALLAH saya akan aplikasikan kemahiran ini dalam setiap gerak kerja yang akan saya lakukan selepas ini.Terima Kasih.


:: SUKA SUKI HOUSE SENTIASA MAHUKAN ANDA GEMBIRA ::




" Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.Hidupkan hari-hari anda dengan senyuman."







No comments:

Post a Comment