1. Apa yang saya sudah pelajari
2. Apa yang saya rasa
3. Bagaimana/Di mana saya aplikasikan dalam kehidupan harian
Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
IER110010
1. Dalam kelas apk kali ini saya mempelajari tentang selok belok dunia perniagaan dan siapa yang terlibat di dalamnya iaitu apa yang kita sebut sebagai stakeholders. saya juga mempelajari bahawa stakeholders tersebut sentiasa memerlukan antara satu sama lain. tanpa salah satu daripadanya maka akan cacatlah sesebuah perniagaan dan keusahawanan tersebut. di situ, nilai kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain dapat kita ambil.
2. Saya merasakan kelas pada minggu ini sangat menyeronokkan di mana semua pelajar diberi peluang mengeluarkan idea masing2 semasa sesi perdebatan. malahan, aktiviti ini juga membolehkan kami mengenali antara satu sama lain walaupun tinggal di dalam kumpulan yang berlainan dan ini tidak menjadi suatu masalah yang besar bagi kami untuk mewujudkan jalinan kerjasama yang baru apabila kami bertukar peranan.
3. Nilai-nilai murni seperti kerjasama dan toleransi dapat saya apliksikan dalam kehidupan seharian.
selain itu, nilai kejujuran juga dapat saya pelajari iaitu sebagai seorang usahawan muslim kita haruslah bersikap jujur dan amanah di dalam setiap pekerjaan x kira di bahagian stakeholders yang mana sekalipun. oleh itu, niat yang ikhlas amat penting sebelum kita melakukan sebarang pekerjaan kerana dengan adanya keikhlasan maka akan lahirlah kejujuran. maka, sifat ini seharusnya ada dalam diri setiap usahawan muslim. tq...
Siti Rahimah binti Mohammad Ikhsan
IER110014
1. Pada minggu lepas saya telah mempelajari banyak perkara bermanfaat.Tentu sekali berkaitan ilmu mempersiapkan diri untuk menjadi usahawan berjaya. Pembahagian pelajar kepada beberapa kumpulan dalam membahaskan masalah :
:: McD merupakan makanan yang tidak sihat - siapa yang harus dipersalahkan? Adakah pengurus? pembekal? pelanggan? pesaing? pelabur? pekerja? ::
Saya memilih untuk berada dipihak pesaing. Kami sebagai pesaing perlu mempertahankan diri bahawa kami adalah yang terbaik dan segala masalah bukan berpunca dari pihak kami. Antara isi-isi utama kami ialah
- pesaing berhak untuk mengambil peluang atas kemerosotan jualan McD
- pesaing bukan punca kepada kemerosotan jualan McD
- pesaing adalah pihak yang sentiasa mencari peluang untuk memajukan diri
2. Saya merasakan bahawa perbincangan seperti ini merupakan salah satu cara yang terbaik bagi meningkatkan daya kreativiti pelajar untuk membina satu perniagaan baru. Saya juga memahami bahawa tujuan pembelajaran APK ini adalah untuk mempersiapkan pelajar untuk menjadi seorang usahawan pada bila-bila masa sekiranya keluar sebagai seorang graduasi. Pelajar tidak akan terumbang ambing dan tercari-cari maklumat bagaimana untuk memulakan perniagaan kerana segala asas perniagaan sudah dipelajari. Maka, tidak menjadi masalah bagi kita semua yang sudah ada asas keusahawanan untuk mewujudkan satu perniagaan.
3. Saya boleh aplikasikan ilmu ini pada bila-bila masa dan dimana saja. Terutamanya sekiranya saya menghadapi situasi yang sedemikian. Mesti ada penyelesaian terbaik dalam sesuatu masalah apatah lagi kita sudah terdedah dengan cara-cara mengatasi masalah tersebut. Akhir kata dari saya:
" buatlah pekerjaanmu sebaik-baiknya sehingga orang lain merasa bahawa kamu bersungguh hati terhadap pekerjaanmu itu dan yang penting niat yang ikhlas "
Jazakumullah.wassalam.
Nurul Asma binti Abu Bakar
IER110020
1)Terdapat pelbagai input yang saya dapat dalam kelas apk kali ini. Antaranya kerjasama antara pelajar dalam mengukuhkan institusi yang telah ditugaskan. Kami bersungguh-sungguh dalam mempertahankan diri dan membidas sebarang konklusi yang tidak berasas daripada pihak yang menentang. Kami bersatu dan sependapat dalam memberi hujah-hujah bagi mengukuhkan lagi mutu pekerjaan kami. Selain itu juga kami bersepakat dalam memberi idea dan buah fikiran kepada jurubahas bagi memantapkan hujah-hujah itu. Dalam pada itu kami juga perlu bersikap pantas dan ligat dalam membida kembali yang diperkatakan oleh pihak yang lainnya.
2)Saya merasa berpuas hati dengan kelas kali ini kerana terasa tenaga dan buah fikiran diperlukan. Tambahan lagi, respon dan gerak kerja itu kelihatan agresif di dalam kelas kali ini. Suasana menjadi ingin tahu apa tindakan selanjutnya bagi pihak yang ditinjak dan dihentam. Mereka bangkit dan memberi hujah yang berkualiti dan mengena.
3Jadi apa yang saya boleh aplikasi dalam kehidupan sebenar ialah mengkaji dan menteliti apa yang berlaku di sekeliling agar tidak dibidas dan dihentam dan seterusnya menjadi mati akal. Dalam pada itu saya juga mengaplikasikan keyakinan dalam mengutarakan hujah mestilah yakin dan mantap tidak boleh teragak-agak agar tidak menjadi satu side yang lemah.
sekian =)
Wan Salwa Binti Wan Farid
IER110017
1) Apa yang saya dapat dari kelas APK pada minggu lepas ialah berkaitan dengan kemahiran insaniah dalam melatih diri menjadi seorang usahawan yang berjaya.Saya telah mengetahui banyak perkara yang baru dan menarik dalam dunia perniagaan.Saya merasakan ilmu perniagaan sangat penting pada masa sekarang.
2) Saya rasa seronok setiap kali menghadiri kelas apk.Ini kerana, banyak pendapat yang bernas yang telah dikongsi bersama oleh teman-teman.Perbincangan yang panjang lebar serta mencabar minda supaya menjadi lebih kreatif berfikir..
3) Dunia perniagaan pasti akan berhadapan dengan pelbagai persaingan yang sihat dan tidak kurang juga yang tidak sihat.Saya pasti dengan bekal ilmu perniagaan yang dipelajari selama ini pasti menjadikan saya lebih bersedia dalam menghadapi risiko berniaga.
Norsyaima Binti Rozman
IER110008
1) Banyak benda baru yang saya pelajari minggu lepas. Antaranya peranan pengurusan syarikat, pelanggan, pekerja, pesaing, pembekal dan pelabur. Dalam kelas ini juga saya belajar bagaimana jika suatu perniagaan itu menghadapi sebarang masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya untuk menanganinya.
2) Debat antara kumpulan adalah aktiviti yang saya paling suka pada minggu lepas. Kerana dengan adanya aktiviti ini, kami dapat mengasah bakat (soft skill ) masing-masing. Selain itu, kami juga bekerjasama untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
3) Saya dapat mengaplikasikan ilmu ini pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ilmu ini juga sangat berguna apabila saya membuka perniagaan suatu hari nanti. Secara tidak langsung saya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku dalam perniagaan saya. :)
Mohamad Aidi Bin Salehhuddin
IER110002
1) apa yang saya dapat pelajari adalah peranan dan tanggungjawab dalam menguruskan perniagaan untuk menjadi usahawan berjaya.
2) saya rasa seronok kerana dapat mengetahui tanggungjawab sesuatu badan dalam membangunkan sebuah perniagaan yang maju.
3) mungkin saya dapat mengaplikasi ilmu ini dalam diri say sendiri dan digunakan masa hadapan apabila diperlukan.
Abdul Aziz Bin Yusof
IES 110001
1) Pada kelas ynng lepas banyak input2 yang berguna telah saya perolehi, untuk menjalankan dan menguruskan suatu perniagaan bukanlah sesuatu susah jika kena caranya. Oleh itu, pelajaran pada minggu lepas merupakan suatu yang berharga kerana teknik2 asas dan info2 berguna telah saya perolehi yang mana saya boleh aplikasikan pada masa hadapan dalam usaha saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Tqvm to Miss Elaine for this golden opportunity.
2) Pengalaman baru ini berjaya memberi kesan kepada diri saya supaya menjadi insan yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. Ini kerana 2 prinsip ini adalah yang terpenting dalam segala perkara samada dalam bidang perniagaan ataupun bidang2 lain.
3) Saya sangat untuk dapat menerapkan ilmu2 baru yang saya perolehi dari kelas minggu ini dan minggu2 seterusnya dalam kehidupan saya tidak sahaja dalam bidang perniagaan sahaja.