Monday, 19 November 2012

KEDAI BUKU KAFE

:: kafe di luar kedai ::

:: berkonsepkan mewah dan ekslusif ::

:: tempat pertemuan dan perbincsngsn bersama teman-teman ::

:: kedai 2 dalam 1,multichoice ::

:: ringkas tetapi menarik ::

Thursday, 8 November 2012

Refleksi 4 (minggu 9)

1. Apa yg saya pelajari
2. Apa yg saya rasa
3. Bagaimana/ di mana saya boleh aplikasikan dalam kehidupan harian


Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
Ier110010

1. Pada kelas minggu ini, saya mempelajari topik 'business model generation' dengan lebih mendalam dan saya lebih memahaminya berbanding minggu lepas.

2. Kelas pada kali ini Miss Elaine telah menerangkan dengan lebih baik serta kupasan yang mendalam dan memperolehi banyak pengetahuan tentang cara-cara perniagaan pada kelas kali ini.

3. Saya berharap saya dapat mempraktikkan ilmu-ilmu di dalam kelas pada minggu ini dengan lebih baik untuk dimasukkan di dalam kertas kerja yang akan dihantar selepas cuti. Serta mempraktikkannya di dunia perniagaan kelak. Terima kasih.

SITI RAHIMAH BINTI MOHAMMAD IKHSAN
IER110014

1. Saya telah mempelajari  bagaimana mahu memulakan gerak kerja dalam perniagaan.Setiap perniagaan yang ingin dijalankan haruslah mempunyai perancangan yang mantap.Setiap perkara haruslah diteliti dan diselidiki.

2. Saya merasakan sesiapa yang mempunyai angan-angan untuk mewujudkan satu perniagaan haruslah mempunyai asas yang kuat.Iaitu ilmu perniagaan yang mantap.Ini kerana,penting bagi kita mengetahui baik buruk sesuatu keputusan yang akan kita lakukan semasa menjalankan perniagaan.Tidak cukup dengan hanya mempunyai modal yang cukup sahaja.

3. Kebarangkalian untuk saya meneruskan rancangan perniagaan ini semakin meningkat dengan pengetahuan yang telasaya pelajari sehingga kini.Hanya tinggal aplikasi secara praktikal.Untuk melihat kepada keberkesanan teori haruslah diuji dahulu.Begitu juga dengan model perniagaan yang telah dipelajari pada minggu ini.

"Manusia hanya merancang,Allah sahaja yang menentukan.Ketahuilah,Allah sahaja sebaik2 perancang"

Tuesday, 6 November 2012

Refleksi 3 (minggu 8)

1. Apa yg saya pelajari
2. Apa yg saya rasa
3. Bagaimana/ di mana saya boleh aplikasikan dalam kehidupan harian


Nur Sabiha binti Shamsul Bahrin
IER110010

1. Apa yg saya pelajari di dlm kelas apk pada minggu ke 8 ialah saya mempelajari bagaimana peranan seorang usahawan di dalam dunia perniagaan dan keusahawanan, di mana aktiviti pada kelas tersebut saya mengambil peranan sebagai seorang usahawan bukannya pembekal, pekerja dan pelanggan. Saya mendapati bahawa usahawan banyak terlibat dengan urusan bank seperti membayar cukai, membayar sewa dan membuat pinjaman. Malahan saya juga mempunyai pekerja yg mana saya bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka. Antara nilai murni yg saya pelajari ialah tidak sekali-kali mementingkan diri sendiri.

2. Saya rasa kelas pada minggu ni sangat menarik, aktiviti yg diadakan boleh membuang perasaan tertekan dgn kehidupan harian. Saya juga mulai rapat dan mesra dgn kawan-kawan yg mana sebelum ini kami jarang bertegur sapa. Saya juga dapat menguruskan masalah yg timbul dgn baik dan teratur.

3. Saya berharap dengan menghadiri kelas ini dan yg akan datang saya dpt mempelajari dan lebih memahami ilmu keusahawanan sekaligus menerapkan nilai-nilai yg diperolehi dlm setiap kelas. Di mana sebagai seorang pemimpin kita haruslah tidak sekali-kali mengabaikan orang bawahan kita. terima kasih.



NORSYAIMA BINTI ROZMAN
IER110008

1. Apa yang saya pelajari pada minggu ini adalah mengaplikasikan terus peranan usahawan, pembekal, pekerja dan pelanggan. Pada minggu ini saya mengambil peranan sebagai pekerja. Pada mulanya saya beranggapan permainan ini mudah sahaja, malangnya sangkaan saya meleset. Permainan ini agak mencabar bagi saya kerana saya perlu membuat resume untuk mendapatkan pekerjaan dan perlu ditemuduga. Untuk pertama kali saya gagal mendapat pekerjaan kerana majikan tidak menerima resume saya. Saya pergi kepada majikan yang lain tanpa ditemuduga mereka mengambil saya bekerja tetapi gaji yang dibayar amatlah sedikit.. sabar je la.:(

2. Saya rasa kelas pada minggu ke-8 ini. Gerak kerja saya sedikit kelam-kabut, mungkin saya tidak bersungguh untuk melibatkan diri dalam permainan ini. Walaubagaimanapun saya tetap cuba berusaha sehingga saya mendapat pekerjaan walaupun dibar gaji yang sedikit. Secara jujur di alam realiti saya tidak mahu gaji yang sedikit! Dalam permainan ini xpe la...

3. Harapan saya pada kelas yang seterusnya, saya dapat menimba ilmu perniagaan lebih banyak lagi. Seperti reflection yang sebelum ini, saya mengatakan saya boleh mengaplikasikan ilmu ini dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. :)

MOHD AIDI BIN MOHD SALEHHUDDIN
IER110002

1) Apa yang saya dapat adalah cara untuk memasarkan barangan dan apa yang perlu dilakukan untuk mementapkan perniagaan dan meningkatkan produktiviti

2) Saya dapat merasai sendiri kehangatan dalam kepelbagaian ragam dalam perniagaan. hanya yang memiliki    kreativiti yang akan mendapat bonus dan kelebihan daripada persaingan yang sengit.

3) seperti  reflection yang sebelum ini, saya harap dapat mengaplikasikan ilmu ini dalam hidup saya dan di dalam kelas berikutnya.

ABDUL AZIZ BIN YUSOF
IES 110001

1) Pada minggu ke-8 ini saya dapat suatu pengalaman yang berharga dimana saya telah diberi pilihan untuk menjadi seorang pengguna.Walaupun pada mulanya saya rasa permainan ini seperti monopoli atau  saidina, tapi setelah diberi penjelasan oleh Miss Elaine, saya mula nampak motif dan objektifnya. Melalui permainan ini, saya dapat melatih diri saya supaya menjadi seorang pembeli atau pengguna yang bijak, dimana saya perlu memilih produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan bukan hanya mementingkan harga semata-mata. Hal ini merupakan suatu perkara yang penting khususnya di dunia yang sebenar yang mana pengguna perlulah memilih dan bijak dalam membuat pemilihan untuk mengelak dari ditipu oleh penjual seperti kes2 yang berlaku pada hari ini.

2) Walaupun keadaan sedikit huru-hara tetapi kelas pada minggu lepas tetap terrrbaaaiiikkk,.saya merasakan pendekatan yang Miss Elaine gunakan pada minggu lepas sangat menarik. Ini kerana walaupun dalam keadaan santai semua pihak mendapat manfaat masing2 melalui aktiviti yang dilakukan.

3) Saya harap ilmu yang saya dapat pada kelas minggu ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya.


 
SITI RAHIMAH BINTI MOHAMMAD IKHSAN
IER110014

1.Pada minggu lepas,saya telah mempelajari praktikal dalam perniagaan.Praktikal yang diberikan oleh pensyarah adalah seperti berikut.

-2 orang pelajar dalam kumpulan perlu menjadi pembekal,
-Seorang pelajar menjadi usahawan.
-Seorang menjadi pelanggan.
-2 orang pelajar menjadi pekerja.

Kami diminta untuk membuat pilihan seperti yang berikut.Saya telah memilih untuk menjadi pembekal bersama sahabat saya iaitu Nurul Akmalilhuda.Pembekal hendaklah menghasilkan barangan untuk perniagaan burger.Maka kami diminta membuat barangan seperti roti,daging,sos,sayuran dan sebagainya untuk dijual kepada usahawan.Kami perlu bijak untuk  menjual atau menawarkan harga kepada usahawan supaya membeli barangan daripada kami.

2.Saya merasakan bahawa kami telah didedahkan dengan sesuatu yang sangat berguna.Kami merasakan seolah-olah ia adalah suatu perkara yang akan kami lalui sekiranya menjadi seorang usahawan.Tentang bagaimana kami berkomunikasi sesama pihak.Saya merasakan ia adalah sesuatu yang tersangat penting.

Saya juga merasakan bahawa masing-masing perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan sesuatu pernagaan yang dijalankan berjaya.Terutamanya sekiranya kita berada dalam sesebuah syarikat yang mempunyai ramai rakan kongsi.Sifat kebersamaan itu perlu sentiasa ada dalam diri kita.

3.Perkara yang boleh saya aplikasi daripada pembelajaran ini ialah kebijaksanaan dalam berkomunikasi dan dalam pemasaran.Sebagai seorang pembekal saya harus bijak dalam mempromosi barangan saya.Saya perlu mengiklankan barangan saya secara menarik supaya para usahawan tertarik dengan tawaran yang saya berikan.

Sekian wallahualam.

   " sebaik-baik manusia adalah manusia yang tidak menyusahkan orang lain malah menyenangkan orang lain "

Thursday, 1 November 2012

ASSIGNMENT 2







MASALAH

Seperti yang kita semia tahu,untuk memulakan sesuatu perniagaan pastinya akan menghadapi pelbagai risiko.Setelah difikir-fikirkan kami telah mendapati perniagaan kami mungkin akan menghadapi risiko ini dan kami perlu bersiap-sedia terhadapnya.Antara masalah dan risikonya ialah:

1.Menguruskan bekalan barangan yang berbeza pasaran dalam masa yang sama.(buku-buku,peralatan tulis,cenderamata,makanan dan minuman).Pengurusan yang cekap dan terbaik pasti dapat mengatasi masalah ini.Persediaan untuknya ialah dengan mengetahui banyak pembekal sebagai "cover supplier" sekiranya pembekal utama tiba-tiba menghadapi masalah.

2.Tempat yang betul-betul strategik dan harga sewa kedai.Barangkali tempat yang strategik banyak.Akan tetapi harga sewa kedai mungkin tinggi nilainya.Kami menyedari kedai kami sesuai dibuka di tempat-tempat yang strategik dan ramai penduduk dan berdekatan dengan pusat pendidikan tidak kira sekolah rendah,sekolah menengah mahupun kolej atau universiti.Biasanya bangunan yang berdekatan dengan penduduk ini harganya juga agak mahal untuk disewa.


SASARAN PELANGGAN

Perniagaan kami mensasarkan semua rakyat Malaysia adalah pelanggan kami tidak kira agama,bangsa dan umur.Kami mahu dikenali sebagai sebuah perniagaan yang mempunyai banyak cawangan pada masa hadapan dan terkenal seperti  MPH,Kinokuniya dll.



Kami mengimpikan perniagaan yang mempunyai pemandangan yang ekslusif tetapi dengan harga yang berpatutan.Berikut kami telah mengklasifikasikan sasaran pelanggan secara lebih fokus:

1,Pelajar sekolah(tadika,rendah dan menengah)
- oleh sebab itu,kami menjual buku-buku untuk pelbagai kategori umur dan jenis aliran pendidikan yang berbeza.Tidak kurang juga bahan-bahan bacaan yang umur bagi pelajar-pelajar.Tarikan kami yang utama ialah kedai pastri yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang beraneka..Ini adalah salah satu cara baru untuk menarik minat pelanggan ke kedai kami.Makan setelah membeli belah.Atau Makan sebelum membeli belah.




2.Guru-guru dan kakitangan kerajaan.
- Guru juga seperti murid.Bahan-bahan mengajar mereka juga lebih kurang sama.Kakitangan kerajaan dan swasta juga tidak kurang memerlukan pelbagai bahan yang kebanyakannya di jual di kedai kami.




3.Pelbagai bangsa dan agama
- Oleh sebab kedai kami berkonsep 2 dalam 1 iaitu kedai buku dan kafe.Pelanggan bebas membeli apa sahaja yang mereka mahu.



4.Pelajar universiti
- Ini juga adalah salah satu sasaran utama kami.Pelajar universiti adalah pelanggan yang didahulukan kerana mereka adalah bakal pemimpin negara kelak.Dengan sebab itu kami mencadangkan untuk menyediakan bahan bacaan yang selari dengan pembelajaran mereka seperti buku-buku rujukan.Tidak kurang bacaan yang membina jati diri mereka.




BORANG KAJI SELIDIK  (APK)
1.      Jantina:
Lelaki

Perempuan


2.      Umur:
Kami bercadang untuk membuka sebuah perniagaan berkonsepkan kedai buku dan kafe. Kajian ini bertujuan untuk penambahbaikan idea kami dan untuk mengetahui target pemasaran kami. Kerjasama anda amatlah kami hargai.
1.      Kawasan manakah yang sesuai diwujudkan kedai buku berkonsepkan kafe?
Kampung

Bandar

Kampus

Pekan

Lain-lain. Nyatakan:_________________________

2.      Adakah anda berminat dengan konsep perniagaan kami?
Ya

Tidak



3.      Pernahkah anda lihat kedai buku berkonsepkan kafe di tempat lain?

Ya

Tidak



4.      Relevenkah idea perniagaan ini?

Ya

Tidak

Mungkin



5.      Bilakah waktu operasi yang dirasakan sesuai?

0800am-1000pm

0900am-1000pm

1000am-1000pm

0800am-0700pm

Lain-lain. Nyatakan:_______________________

6.      Sekerap manakah anda berkunjung ke kedai buku?

Tak pernah

Kadang-kadang

Selalu


7.      Adakah anda mencari kedai buku berkonsepkan kafe di kawasan anda?

Ya

Tidak


8.      Berapa banyakkah kedai buku yang terdapat di kawasan anda?

1-2

2-5

Banyak

Tiada langsung


9.      Sekiranya anda seorang pelanggan? Apakah yang anda suka tentang kedai buku berkonsepkan kafe?








10.  Apakah ciri-ciri kedai buku yang menarik minat anda. Berikan pendapat anda:










Segala kerjasama anda kami ucapkan ribuan terima kasih.